Quantcast
Channel: dakwah.info » ukhuwwah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3

Persaudaraan adalah asas kekuatan

$
0
0
Masjid - Istanbul

Masjid tempat bersatu hati para mukmin

Segala pujian bagi Allah yang telah memuliakan kita dengan nikmat persaudaraan dan telah menyatukan hati-hati kita sehingga dengan nikmat-Nya kita kini bersaudara. Adapun selepasnya;

Sesungguhnya Allah SWT telah mengikat hati hamba-hamba-Nya yang beriman dengan dua ikatan dan dengan dua rantaian. Pertama adalah ikatan iman dan kedua adalah ikatan persaudaraan. Kedua-duanya merupakan ikatan hati yang kukuh, yang telah menyatukan hati-hati dan jiwa-jiwa sebelum akal dan tubuh, yang telah bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, yang telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, yang telah bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.

Sesungguhnya hal demikian telah jelas di dalam firman-Nya “dan berpegang teguhlah” dan “Dan janganlah bercerai-berai”.

Imam Al-Banna telah berpesan di bawah tajuk “kewajipan” di dalam risalah “Antara semalam dan hari ini”: “Anda hendaklah berkasih sayang dan memberi sepenuh perhatian terhadap ikatan anda, kerana ianya merupakan rahsia kekuatan anda dan asas kejayaan anda. Anda hendaklah tetap teguh di atas perinsip ini sehingga Allah membukakan antara anda dan kaum anda dengan kebenaran. Sesungguhnya itulah sebaik-baik pembukaan.”

Nikmat persaudaraan dan nikmat ikatan hati merupakan asas kekuatan ke atas jamaah yang berkat ini. Bagi kita terdapat contoh teladan daripada Rasulullah sewaktu mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansar untuk meletakkan asas atau tunjang pembinaan kemasyarakatan bagi jamaah muslim pertama. Asas persaudaraan, kesatuan dan ikatan jelas di dalam ayat:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali-Imran: 103)

Selepas Allah memperakui asas iman dan kekuatan akidah di dalam firman-Nya: “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah..” Memandangkan betapa penting persaudaraan di dalam pembinaan dakwah Imam Al-Banna menjadikannya termasuk antara rukun baiah:

“Persaudaraan yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling kukuh dan berharga. Persaudaraan adalah persaudaraan iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan ingatlah, sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang Berjaya.” (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain.” (At-Taubah; 71)

Dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam.

Muhammad Hamid Eliwa

Ustaz Muhammad merupakan seorang daie yang banyak menyumbang dalam dunia dakwah. Dengan pengalaman beliau, banyak tulisan tentang dakwah ikhwan muslimin secara khususnya telah beliau nukilkan.

More Posts - Website


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3